SK Batu Puteh merupakan sekolah yang terletak sekitar 30 km daripada Pekan Bukit Garam. Sekolah ini berhampiran dengan Muzium Batu Tulug Kinabatangan dan terletak diantara laluan Sandakan-Lahad Datu. Asal nama Batu Puteh diambil daripada nama batu yang terdapat di sungai kinabatangan yang berhampiran dengan Kg Batu Puteh. Batu ini hanya dapat dilihat apabila sungai ini surut, biasanya apabila berlaku kemarau. Sempena nama batu yang terdapat disungai kinabatangan ini jugalah diambil sebagai nama Kampung Batu Puteh. Gambar di atas merupakan gambar batu yang menjadi asal usul nama batu puteh